Selasa, 5 Ogos 2008

5 Tahun....

Tak sangka sangat.aku tengok kalendar ari nie 5hb.maknanya ari nie genap 5 tahun aku keje ngan gomen nie.ingat lagi masa lapor diri kat putrajaya.pagi2 subuh dah bertolak dari rumah nak pegi putrajaya.punyalah mak abah excited bila tau anak dia dapat keje gomen.sampai buat kenduri lagi.yelah, orang kampung kan mcm bangga gitu bila anak dapat keje gomen...
banyak pengalaman pahit manis sepanjang keje kat penjara simpang renggam nie.kena marah, kena herdik, kena puji.macam2 la..macam2 peel orang yang aku jumpa..dari orang yang suka kat aku sampai la orang yang tak suka ngan aku..
Tapi yang paling aku hargai bila aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.apa la sangat kan ngan RM1000 tu kan?tapi, penghargaan orang atasan atas kerja2 kita.sapa tak bangga kan?
Aku pun tak tau aku akan kerja kat sini sampai bila..Kalau betul jodoh aku ngan zamri, aku mesti kena pindah kan?so, tentu aku akan tinggalkan kenangan yang manis kat sini.

Tiada ulasan: