Followers

MASA

Tuesday, 17 January 2012

Dugaan

Semalam kena g minum air gula kat KK....So far, masa minum tue saya boleh terima, tapi setengah jam lepas tue, emm..Memang keluar balikla....N berita yang tak baiknya, saya mungkin ada kencing manis....Betul2 terduduk saya dengar..Saya ingatkan kak Sherry main2 kan saya..Rupa2nya betul...
YA ALLAH...saya memang tak boleh nak fokus dah semalam...Macam2 yang saya fikirkan..Kandungan saya baru 3 bulan...Saya masih ada lagi 6 bulan..6 bulan bukan tempoh masa yang singkat.....Lama lagi..Macam2 yang boleh berlaku.....Saya takut sangat....Tak pernah saya rasa macam nie.....Terus terang, saya rasa blur sangat...Tak sabar nak tunggu suami balik kerja..Saya dah tahan air mata tuk tak jatuh..Suami balik jer, saya terus tak bercakap..serta merta air mata saya jatuh...Saya tak kuat tuk hadapi semua nie.....
Macam2 yang saya cari tuk kurangkan kadar gula nie..Saya beli Beras Faiza, buat stok epal hijau banyak n org kata suruh minum ecpi...Semalam gak saya beli air tue..Cuma tuk 1 harapan..saya nak selamatkan diri saya dan anak saya....Itu sahaja yang saya harapkan.....
Saya prlu kuat dan sihat tuk diri saya dan kandungan saya..Ini adalah nyawa saya.....
Hari khamis nie saya kena amik darah 4x..Harap ada perubahan,,

Sunday, 1 January 2012

Welcome 2012

2011 dah pun melabuhkan tirainya.....
Macam2 kenangan suka duka sepanjang 2011 nie..Apa yang baik saya jadikan kenangan n yang buruk saya jadikan tauladan...
Semoga 2012 akan terus menyinari kehidupan kami sekeluarga......
Azam 2012 :-
1. Nak jadi isteri yang solehah...Yang mendengar kata suami..Tak nak lawan2 cakap suami...
2. Ingin menjadi ibu yang terbaik buat anak yang bakal lahir
3. Ingin jadi yang TERBAIK untuk diri sendiri...

Sunday, 11 December 2011

1st anniversary

Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH di atas kurniaanMu...
Alhamdulillah, hari ini tarikh keramat buat kami berdua......Setahun yang lalu, kami baru disatukan dengan sekali lafaz oleh IRWAN SYAH BIN ABDUL SEMIN.....
Dan hari ini kami telah berjaya melalui liku2 alam rumahtangga yang penuh dengan senyuman dan kebahagiaan...





Terima kasih suamiku di atas segala2nya..Sesungguhnya diri ini sangat beruntung kerana dikurniakan seorang suami, rakan yang sentiasa bersama diri ini ketika susah dan senang.....
InsyaALLAH....tahun depan kita akan meraikannya bertiga..Bersama-sama dengan anak yang bakal lahir bln 8 ini....

Semoga B terus menjadi suami yang hebat buat ayang.....N semoga B terus menjadi idola kepada anak2 kita kelak....

Ayang sayang B seluruh jiwa dan raga ayang....

Saturday, 10 December 2011

Melty Cake

Sejak saya kenal ngan kak Noraini nie, saya memang tak pernah beli kek kat kedai2 kek kat kawasan Simpang Renggam nie..Sebab utamanya, yerla....kita tahu kek yang dibuat tue memang halal kan...Kemudian, kek yang dibuat memang menepati citarasa saya....N yang paling penting keknya sedap....

Yang terbaru, saya order Melty Cake nie dari dia....1st time saya makan kek nie.....

Nie la keknya.....

Kalau ikut kat FB kak Aini, rupa sebanar kek tue macam niela.....


Actually kak Aini nie ada buat macam2 jenis kek...Bukan kek jer, muffin, macaroon, dll.....N kak Aini nie pun berbakat besar dalam jahitan manik..Kalau nak tau lebih lanjut..leh g kat FB beliau yer....


Saya berani suggestkan kat kawan2 saya sebab saya sendiri amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi...N kak Aini nie memang sangat2lah baik n friendly....So, jangan risau, setiap pertanyaan dia akan jawab......

Apa yang saya pasti, anda semua pasti akan berpuashati....

Monday, 5 December 2011

Kawan Baru

Happy dapat kenal ngan kawan2 baru saya yang sempoi n giler2 nie....




Hope persahabatan kita tak berhenti kat sini jer....
Terus keep in touch!!!

Tuesday, 29 November 2011

Amalan Ketika Mengandung


Sebagai seorang yang bakal menjadi ibu, saya cuba luangkan masa untuk mencari amalan2 yang baik ketika mengandung nie....Memang cik google byk membantu saya..
N salah satu artikel yang ada, saya tertarik dengan artikel ini....
Ini adalah dari http://www.mybengkung.com

Amalan-amalan ketika mengandung 
  1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
  2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
  3. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung
    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

Link laman-laman web Al-Quran
  • Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
  • Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
  1. Membaca doa
    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُرَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ  
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
  1. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
    • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung 

      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
  • Adab suami terhadap isteri
  1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar 
  3. Selesaikan selisih faham
  4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat
Semoga ini dapat kami jadikan amalan agar memperolehi zuriat yang soleh / solehah...

Monday, 28 November 2011

Alhamdulillah

Pic sumber : GOOGLE

Syukur YA ALLAH di atas penganugerahan ini.....Inilah hadiah terbesar buat diri kami sempena setahun usia perkahwinan ini...Syukur YA ALLAH.....

Dalam 2 minggu nie saya memang dah rasa lain macam....B***** saya membengkak.....Saya kerap buang air kecil n saya kerap rasa lapar.....So, minggu lepas saya g wat test, tapi resultnya -ve....Hubby n family cakap mungkin awal lagi....Lum ada tanda, so decide buat lagi seminggu....
N semalam saya g berurut kat umah Mak Long kat Kg Pt Hj Hashim, n bila mak long urut saya dia kata macam ada isi.....N dia pun suruh wat test lagi....Ingatkan nak buat hujung minggu nie jer, biar lewat sikit, tp tuela..naluri tue x sabar sangat...N baru jer tadi nie g wat test n resultnya +ve........Syukur Alhamdulillah...
So, pasnie nak kena g klinik tuk double check......

Friday, 18 November 2011

Majlis Persandingan Tawau 2

 Aduhai..tension btulla sebab x leh nak upload byk2 gambar kat FB mahupun kat sini....Tak taula kenapa..bila saya upload, jadi senget2 gambarnya..saya dah puas rotate....Tapi, still gak mcm tue..Knp erk?????
So, gambar2 yang leh diupload cuma nie jerla...Sedihla sebab x dapat nak berkongsi kat sini.......



  

 Acara potong kek 3 tingkat:)


Part paling suka..suap menyuap kek....





Part nie yang tak boleh tahan..Part pengantin kena mengalai......Kalau pengantin tak mengalai, kononya nanti dapat anak bisu..Aduhai......ntah apa2 jer la kan?So, hubby layankan jer la..N hubby sorang jer yang menari..hihihi

Sempat jer cameraman nie snap pict nie....Masa nie baru jer pas mengalai.....


OK...selesai dah gambar2 persandingan di Tawau...Tuk gambar2 yang lain, nanti saya usahakan lagi tuk buat sampai boleh.....

Kad Nikah Pintar

Nak berlagak jap nie....
.
.
.
.
.

Korang ada x???
Muahahahaha......

Akhirnya.....sampai pun kat tangan kami walaupun lama sangat permohonan nie.....

Thursday, 17 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang

 Hari nie saya masuk ofis lewat..Sebab pagi tadi ada Hari Anugerah Cemerlang Pelajar SK Dato Ibrahim Majid....

Alhamdulillah, adik saya merupakan salah seorang penerima anugerah tersebut.....


Tak malu tuk saya cakap yg adik saya merupakan Penerima Anugerah Kelas Pemulihan....Yess..adik saya memang seorang murid kelas pemulihan......Dari dia darjah 1 sampaila dia darjah 3......Memang saya akui, adik saya agak lemah dalam pembelajarannya...Mula2 saya memang rasa malu dan rasa lain sebab kenapa adik saya tak macam budak2 yang lain.....Tapi, saya sedar yang ini adalah Qada' dan Qadar Tuhan....Kita sebagai org yang diamanahkan tuk menjaganya, saya dan kakak berusaha macam2 tuk adik..Dan alhamdulillah, saya memang tak sangka dia akan dapat anugerah ini......Memang banyak sangat perubahan yang berlaku dalam diri dia...Alhamdulilah...terima kasih kepada semua cikgu2 yang begitu sabar melayan. mengajar dengan penuh sabar adik saya...Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa2 kalian.....



Tahniah sayang........Adik dah buktikan yang adik pun boleh macam kawan2 adik.....Mami kak ayu n mami kak shidah akan sentiasa bersama adik buat selamanya......