Ahad, 6 April 2014

Spaghetti Bolognese

Cuti 2 hari yang cuma duduk rumah jer sebab hari Jumaat ayah Naufal ada Latihan Menembak kat JB...Semalam pulak memang x plan nak g mana2 sebab ibu Naufal nak main masak2 kat rumah.....
Actually, spaghetti nie adalah makanan rasmi rumah nie...Rasanya sebulan sekali mesti kena buat..Sebab ayah Naufal adalah sangat-sangat suka makan N ibu Naufal pula sangat-sangat suka masak....Tapi sejak kami laki bini konon-kononnya diet, so dah lama la tak masak...
Bertahun-tahun saya ikut resepi dari PeejBurhan nie sebab sangat-sangat mengikut tekak saya yang melayu nie...
So mari kita tengok resepi dan cara buatnya yer!!!

Bahan-Bahan :-

 

1. Cili Merah (Ikut suka nak pedas mana..Sebab masak sekali tuk Naufal saya letak cili sikit jer)
2. Bawang Merah
3. Bawang Putih
4. Daging Kisar (Saya guna Cap RAMLY)
5. Sos Prego 
6. Tomato Puree ( Pakai yang kecik jer)
7.Kacang Panggang (Kisar)
8. MeatBall

CARA-CARA :-


Panaskan minyak..Tumis cili,bawang yang telah dikisar..


Agak-gak dah layu dan wangi, masukkan daging kisar..Masak sehingga daging empuk..


Kemudian, masukkan tomato puree..Tomato puree nie letak agak-agakla..Saya tak berapa suka masam, so saya letak separuh jer...


Kemudian, masukkan kacang panggang yang telah dikisar tu...



Baru masukkan sos prego yerk...


Agak-agak dah mendidih baru masukkan cendawan, daun celery n capsicum..


Rasakan masin...


Kemudian, masukkan meatball...



Cara rebus spaghetti semua tahu kan?

So..TARA!!!
Siap sudah SPAGHETTI BOLOGNESE saya!!!


Tiada ulasan:


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers