Isnin, 5 Januari 2009

Waktu Persekolahan Pun Dah bermula...

Hari nie saya cuti sbb nak uruskan sekolah adik.Tadi agak kelam kabut sikit, sampai lupa nak ambik gambar.
Tadi masa hantar adik, tiba2 rasa sayu sangat.Air mata dah nak keluar, tapi saya tahan jer..Tak sangka dah besar rupanya adik.Dah kena berdikari.Dah kena pergi kantin beli makanan sendiri, dah kena pegi tandas sendiri.Sebab sblum nie, apa2 hal pun dia mesti ngan anis, tapi start tahun nie adik ngan anis dah tak sekelas.So, dah tak jumpala.Bagus jugak.Sekurang2nya adik tak terlalu bergantung ngan anis.
Hai, macam manala keadaan dia sekarang nie kat sekolah.sekolah habis pukul 1.20 ptg.Lambatnya nak pukul 1.....
Pagi tadi punyalah banyak kenderaan sampai nak parking pun susah.Saya salute ngan cikgu kelas adik..Dia tak benarkan ibubapa tunggu anak2.Biarkan jer kat kelas.Kalau ditunggu macam mana budak2 nak beranikan?Masa saya nak tinggalkan adik tadi,muka dia relax jer.Bagusla..Saya takla risau sangat.Saya percaya 100% ngan cikgu2 SK Kg Dato' Ibrahim Majid,Simpang Renggam.

Tiada ulasan: