Selasa, 10 Ogos 2010

Niat Puasa....


Alhamdulillah..insyaALLAH, esok umat islam akan mula berpuasa.......
 Berpuasa bukan sahaja melarang kita makan dan minum waktu siang, tetapi juga melarang kita bercakap dan melihat benda-benda yang tidak berfaedah...Kalau boleh saya nak kurangkan bercakap dan hanya bercakap benda yang penting sahaja..Ermmm..harap-harap la yer...Semoga puasa kali nie amalan yang dibuat diterima ALLAH....
Gambar-gambar nie saya amik dr google la khasnya..Harap apa yang saya sebarkan nie dapat membantu kawan-kawan semua..


Niat Puasa Sebulan :

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Niat Puasa Harian :

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Doa Berbuka Puasa :

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Ramadhan kali ini bermakna pada diri saya sendiri....
1. Tahun nie merupakan ramadhan terakhir sebagai orang bujang..InsyALLAH.......
2. Tahun nie berpuasa di rumah baru...(mesti ada kelainannya )
3. Yang paling penting, bila buka puasa kali nie mesti dah x makan banyak lag...huhuhu..yerla diet maa......

Dalam tempoh sebulan nie, saya pasti entry kawan-kawan akan penuh dengan entry makanan.....Dan ini akan membuatkan saya bertambah jeles sebab saya tak boleh nak makan banyak-banyak....
 Dikesempatan ini, saya menyusun 10 jari ingin memohon maaf kepaada semua rakan-rakan jika saya ada membuat kesilapan dari segi percakapan atau perbuatan saya sehingga ada yang terluka..Saya juga mohon dihalalkan makan dan minum saya selama ini..

Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 rahmat buat kita semua...

Tiada ulasan:


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers