Isnin, 23 Ogos 2010

Zakat Fitrah 2010

Salam semua.
Sempena Ramadhan Al Mubarak dan Syawal yang bakal menjelma nie, saya nak share ngan kawan-kawan semua tentang zakat fitrah..Sepertimana yang kita tahu, zakat adalah wajib bagi setiap umat islam lelaki dan perempuan.

DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

1. Islam
2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta , ataupun wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan   keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Aidil Fitri
3. Dapat menemui dua masa iaitu akhir Ramadhan dan awal Syawal. Orang yang meninggal sebelum matahari terbenam atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib Zakat Fitrah baginya

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:


1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
2. Membersihkan diri pembayar zakat.
3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI
 
Perlis - RM 6.00

Kedah - RM 7.00

Pulau Pinang - RM 7.00

Perak - RM 7.00

Selangor  - RM 7.00

Negeri Sembilan - RM 6.50

Melaka - RM 6.50

Johor - RM 5.00 / 7.50 *

Pahang - RM 7.00

Terengganu  - RM5.00 / 7.00 / 8.00*

Kelantan - RM 7.00

Sarawak - RM 5.20

Sabah - RM 6.80

Wilayah Persekutuan - RM 7.00

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH


Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.


WAKTU YANG PALING AFDHAL

Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT

Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT
1. ASNAF FAKIR
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

2. ASNAF MISKIN
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.

3. ASNAF AMIL
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

4. ASNAF MUALLAF
Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

5. ASNAF RIQAB
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.

6. ASNAF GHARIMIN
 - Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

 - Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.

Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.

Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

7. ASNAF FISABILILLAH
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.

8. ASNAF IBNI SABIL
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:

- Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.

- Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

So, kawan-kawan...jangan lupa tunaikan tanggungjawab yer...

2 ulasan:

☆ lieya latif ☆ berkata...

AKAK PUN nanti nak ingatkan hubby akak byr zakat......satu keluarga punye zakat hheheheh...

kewajipan islam kene tunaikan kan....baru berkat hidup...

shidah berkata...

btul tue kak :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers