Isnin, 23 Mei 2011

SECRET RECIPE

Setelah digemparkan ngan kejadian Kluang Railway tue, nie ada lg 1 berita terbaru...




Kes Secret Recipe...mula2 saya dapat berita nie dari SINI.....Pastu, ms ngan BW td nie, tgk Ustaz Khalil
( Kadhi Daerah Kluang ) pun ada kuarkan artikel nie...Yer, mmg ustaz x de mention nama restoran tue, tapi rasanya semua tau kan tue restoran apa.....
Nie adalah laporan dari JAKIM

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD
 
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
  1.  menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
  1. melakukan proses samak; dan
      4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri. 
 
Erm...kenapala sekarang nie kebanyakan pengusaha2 makanan nie tak menitik beratkan soal halal dan haram..... 
Pokok pangkalnya tepuk dada tanya selera.....

Tiada ulasan:


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers