Isnin, 5 Ogos 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...
Sempena bulan Ramadhan yang bakal berlabuh dan Syawal yang bakal menjelma, saya berserta suami dan anak saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri....10 jari saya susun mohon  ampun dan maaf dipinta buat semua rakan-rakan di Facebook, Instagram, Twitter dan juga blog picisan ini andainya saya telah menyinggung perasaan kalian antara sedar atau tidak...

Saya hanya insan biasa yang selalu membuat kesilapan..

Saya hanya insan biasa yang kadang-kadang terlalu lantang berkata-kata kerana menegakkan sesuatu perkara...

Tahun ini buat kali ke 3 setelah berkahwin, saya beraya di Simpang Renggam lagi...Saya belum mendapat pengalaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri ini di kampung halaman suami saya..Sepatutnya tahun lepas giliran untuk beraya di sana, namun apakan daya, tahun lepas saya dalam pantang so duduk diam-siam kat rumah....InsyaALLAH raya ke 8 iaitu pada 15.8.2013 ni baru kami balik ke Tawau untuk sambut hari raya bersama-sama keluarga mertua pulak...

Yang paling penting tahun nie kali ke 2 beraya dengan si kecik..Tahun lepas Naufal baru masih dalam hari So dia tak tau apa-apa lagi..tahun nie dia dah mula berjalan...Alamatnya ibu ayah tak akan dapat makan n berbual dengan tenteram sangatlah bila berkunjung rumah saudara mara n kawan-kawan...Tapi itu pasti akan jadi kenangan yang terindah buat kami....

Persiapan tahun ini ala kadar jer...Kami melebihkan untuk persiapan buah hati kami....Pertama kali beraya bersama, memang kami agak berbelanja besar untuk buah hati kami....( Ibu memang balas dendam sebab tahun lepas tak sempat nak shopping tuk si kecik )...Untuk rumah pulak tak ada benda-benda baru pun...Gunakan benda-benda yang ada..Tak perlu nak membazir....



Pesanan untuk kawan-kawan semua, Berhati-hati semasa memandu balik ke kampung....Servis kereta dulu sebelum berjalan jauh....Kalau mengantuk, rehat dulu ataupun bergilir2la memandu....
Kawan-kawan sekitar Johor, kami mengalu-alukan kehadiran kalian ke rumah kami...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers