Benda yang perlu ibu share dalam blog ibu.Biar jadi kenangan yang manis buat ibu dan ayah. Dah masuk minggu ke 3 persekolahan, ibu baru dapat cerita pengalaman pertama Naufal. Sedih sebenarnya bila ayah Naufal tak dapat sama-sama raikan persekolahan Naufal.Tapi ibu yakin pasti ada kemanisan di sebaliknya.
Dan syukur alhamdulillah.Doa kami selama ini ALLAH perkenankan.Ayah Naufal dapat kembali bertugas di Tawau. Dan hubungan PJJ ini akan berakhir tak lama lagi.. Syukur Alhamdulillah..
1st day Naufal sekolah..Alhamdulillah semangat bangun pagi..Mandi dan sarapan..Jam 6 dah keluar rumah sebab ibu nak elak jammed.
Alhamdulillah, hari pertama nenek Naufal ikut sama-sama hantar Naufal ke sekolah.Ibu tau nenek mesti sedih sebab 2 tahun sebelum ni nenek yang uruskan Naufal sekolah.Start tahun ni memang 100% ibu yang uruskan.Terima kasih nenek sebab uruskan Naufal sepanjang 2 tahun Naufal di PASTI.
Yang best sekolah Naufal ni, hari pertama persekolah akan disambut dengan maskot.Rezeki Naufal tahun ni, Superhero Ironman dan Minion yang tunggu..Rasanya bukan anak2 jer yang happy, guru2 n ibubapa pun sama happy.Sebab anak2 excited n harapan x der adegan menangis 😊
Naufal with Minion
Naufal with Ironman
Anak-anak darjah 1 beratur dan diarak ke dewan
Anak-anak darjah 1 dapat cenderahati dari pihak sekolah
Anak-anak darjah 1 dengan guru-guru kelas
Semangat ini anak..
Lepas rehat terus masuk kelas.Semput ibu Naufal sebab kelas Naufal tingkat 2 :)
Hari pertama ibu tunggu sampai habis waktu persekolahan.Alhamdulillah hari pertama berjalan dengan lancar. Tiada aktiviti tangisan oleh Naufal..
KAFA pula mula hari ke 2 persekolahan..Hari pertama bayar yuran dan buku jer..
Alhamdulillah, dia happy dan semangat tuk pegi KAFA
Syukur alhamdulillah urusan persekolahan Naufal dipermudahkan.
TAPI...................
Masuk minggu ke 2 dia dah mula berperangai.Ibu tau dia penat so tiap pagi memang ibu agak kelam kabut uruskan dia sebab kena melayan mood dia.. Cepatlah ayah Naufal balik..So boleh bekerjasama uruskan anak bujang kesayangan kami tu...
SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN YANG SEBENAR
ANAKANDA ISYRAF NAUFAL BIN IRWAN SYAH.
Belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu, jangan bergaduh dengan kawan-kawan.