Sabtu, 26 Disember 2009

Pergi Tak Kembali

Petang tadi terima SMS dari Azie, rakan sekolah saya..Menyampaikan satu berita sedih buat kami semua..Ibu kepada Hidayah, salah seorang rakan baik kami telah tembali ke rahmatullah pada tengah hari semalam akibat dai kanser payudar.Kanser payudara yang telah berada di tahap paling tinggi...
Bila terima SMS tu, rasa macam tak percaya sebab sebenarnya saya baru terserempak ngan arwah bersama ngan Cikgu Ishak.Arwah merupakan seorang guru n suaminya juga seorang guru yang merupakan guru Bahasa Inggeris kami dulu...Arwah adalah seorang ibu yang sangat baik...Dia begitu sayang ngan kami yang telah dianggap macam anaknya sendiri..Beliau seorang yang sangat tabah orangnya...Suaminya mempunyai seorang lagi isteri di mana umur isteri keduanya lebih muda dari usia anaknya yang sulung..Bayangkan jerla....Anaknya yang sulung tu lagi berusia dari isteri no. 2 dia.Namun, dah jodohkan????Terima jerla...
Actually, Dayah baru jer melangsungkan perkahwinannya ngan Hafis 30.10 yg lepas..Gembiranya muka arwah ketika itu sebab terima menantu..Ingat lagi ketika bergambar keluarga, arwah sempat seloroh ngna cameraman nak minta tukar tudung dulu sebab dia kata tak lawa....Kelakar masa tu kitorang tengok..Tak sangka rupa2nya.......
Hidup mati kita dah ditentukan..Kita sebagai manusia kena redha....Semoga keluarga Dayah tabah menghadapi dugaan hidup ini....
AlFatihah buat cikgu Latifah

1 ulasan: